Friday, April 1, 2011

#19 Nak Cuti Bulan 9 Ker Bulan 7???

Salam semua... sekarang kat USMKK ni tgh sibuk pasal bila sidang akademik hadapan akan bermula... sama ada  pada bulan 9 @ bulan 7..... Jujur bicara, kalau ikut GossipBoy... GossipBoy nak cuti sampai bulan 9... Yelah,bukan selaku kita boleh cuti 4 bulan... lagi2 budak2 medik + dental.... sibuk memanjang!!!... tapi pelbagai isu berbangkit timbul mengenai isu ini.... mari kita terjah!!!


Apa yg GossipBoy faham (soory if wrong info )...Sebenarnya kita tidak semestinya akan bercuti sehingga bulan 9 pada tahun ini. Pendaftaran bagi pelajar baru pada tahun ini seperti yg telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT )  adalah pada 25 Julai ini dan kemasukan semula bagi pelajar lama adalah mengikut kehendak universiti. Namun sedikit perubahan telah dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011 (sebabnya tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos).Tetapi ingin GossipBoy nyatakan disini, KPT SEBENARNYA TENGAH MELAKSANAKAN PENYELARASAN  KALENDAR AKADEMIK SECARA BERPERINGKAT  dan akan berakhir pada sesi 2013/2014. Pada tahun 2013/2014 , sidang akademik bermulanya pada bulan 9 ( 2 sept bagi pelajar baru dan 9 sept bagi pelajar baru ). Manakala pada sesi 2012/2013, pengambilan pelajar baru telah diletakkan pada 13 ogos dan pelajar lama pada 20 ogos. Faham tak?? ok... ni ringkasannya..


SIDANG AKADEMIK 2011/2012
Pelajar Baru: 2 /9/2011
Pelajar Lama : 9/9/2011 ( Sebenarnya tertakluk kepada pihak universiti as KPT  memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan tarikh kemasukan pelajar lama... tapi biasanya pelajar lama akan 
memulakan sidang akademik baru 1 minggu selepas kemasukan pelajar baru )


SIDANG AKADEMIK 2012/2013
Pelajar Baru :13/8/2012
Pelajar Lama : 20/8/2012


SIDANG AKADEMIK 2013/2014

Pelajar Baru: 2 /9/2011
Pelajar Lama : 9/9/2011

Disini GossipBoy sertakan sekali salinan surat dari KPT dan artikel dari blog Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khaleed Nordin.





Ok... Terang lagikan bersuluh... supposedly, kemasukan pelajar baru  sepatutnya pada 9 september 2011... tetapi mengapa ada golongan yg masih menuntut agar Sidang akademik 2011/2012 bermula seperti biasa???
Mari kita siasat!!!


Artikel diatas menceritakan bagaigama andai sidang akademik dijalankan pada bulan 9, ' 2 bulan ' akan terbazir begitu  sahaja....Well, itu bukan satu2 sebab... ada sebab lain jugak...

Rata2 berpendapat bahawa kemasukan pada bulan 9 akan menyukarkan penempatan (posting) untuk HOUSEMANSHIP kelak

Namun telah dijawab oleh seorang senior bahawa kemasukan pada bulan 7 hanya untuk pelajar senior yg akan menjalani  fasa klinikal (masih dalam perbincang).


Apa yg GossipBoy dapat nyatakan disini, semuanya terletak pada pihak universiti.Dengarnya, keputusan akan dimaklumkan selepas result PRO 2 dikeluarkan...



Apa2 pun.. jika ingin mendapatkan kepastian dengan lebih detail.. silalah hadir ke DK 4 jam 5 petang pada hari ahad ini untuk mendapatkan kepastian dari Prof. Shaiful..



So, korang nak cuti bulan berape?? 7 ker 9 ??? GossipBoy nak bulan 9... korang tak suka??? Ada aku kesah??
:: GossipBoy ::












No comments:

Post a Comment